TERKINI

Bibi Sunita, Tegar Dalam Perjuangan

Tegar dalam perjuangan demi membawa perubahan kepada golongan wanita, Bibi Sunita seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Beliau juga salah seorang ahli Sekretariat Tanah Air yang sebelum ini beliau aktif dalam aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga dalam parti politik.

Setelah meninggalkan UMNO, beliau menyertai parti Pejuang Tanah Air dan membawa peranan sebagai Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan.

Kini, beliau meneruskan peranannya dalam membantu kumpulan yang memerlukan menerusi NGO beliau dan pada masa yang sama membantu negarawan Tun Dr Mahathir dalam agenda Proklamasi Orang Melayu.

Malayadaily berpeluang menemuramah beliau untuk mengenali dengan lebih dekat Bibi Sunita yang lebih mesra dipanggil ‘Kak Bibi’. Ikuti temubual bersama beliau.

foto malayadaily.com

Bahagian 1

MD.com : Terangkan serba sedikit tentang Puan Bibi, latar belakang dan bagaimana bermulanya aktif dalam pertubuhan dan politik.

Bibi : Kak Bibi setakat sekarang ini memang salah seorang daripada usahawanlah. Mempunyai dua supermarket dan juga satu event hall. Pada masa yang sama, dari segi kerjaya, Kak Bibi merupakan seorang Pesuruhjaya Sumpah dan juga ‘Chartered Company Secretary’ berlesen dengan SSM dan latarbelakang itu juga membawa kepada penglibatan Kak Bibi untuk bermasyarakatlah.

Jadi Kak Bibi bermula dengan politik ni umur Kak Bibi 15 tahun. Masa dulu UMNO umur 16 tahun boleh jadi ahli sebelum dia ubah perlembagaan UMNO tu menjadi 18 tahun ke atas. Kak Bibi memang aktif bersama dengan arwah bapa Kak Bibi dan menjadi salah seorang wanita yang paling muda ketika itu menjawat jawatan dalam peringkat Pergerakan Wanita UMNO di Bahagian.

Bermula dengan jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Bahagian dalam umur Kak Bibi baru 18 tahun ketika itu. Daripada situ Kak Bibi bergerak aktif dalam UMNO sehingga la satu tahap Kak Bibi tidak lagi merasakan UMNO itu relevan dan akhirnya keluar daripada menjadi ahli UMNO dan dijemput menjadi ahli Bersatu dan bertanding sebagai Ketua Bahagian Setiawangsa pada ketika itu, namun kalah.

Dan akhirnya apabila Tun M keluar daripada Bersatu dan mewujudkan Pejuang, Kak Bibi bersama dengan Pejuang dan diminta menggalas tugas sebagai Pejuanita, Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan dan akhirnya kita tahulah kita bersama dengan Sekretariat Tanah Air yang kita sedang mempromosikan untuk menyokong usaha dan juga menandatangani dari segi Proklamasi Orang Melayu.

Jadi yang selebihnya, Kak Bibi lebih kepada NGO. NGO Kak Bibi ialah Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia, GERAKWANIS. Kak Bibi tubuhkan ni sejak 2017 lagi sampai sekarang sangat aktif.

Kita pernah buat Malaysia Book of Records, kat situ yang mana melibatkan paling ramai warga OKU yang tiada penglihatan untuk membaca Al Quran Braille.

Jadi kita dapat Malaysia Book of Record of that dan kita menjurus kepada tiga teras utama kita untuk membantu masyarakat-masyarakat akar umbi ini melalui Up Diri. Teras Up Diri iaitu Up Diri Ekonomi, Up Diri Ilmu dan juga Up Diri Kebajikan.

Yang paling penting sekarang ini ialah fokus kita adalah pada wanita-wanita yang mana wanita-wanita ini memainkan peranan yang penting sebagai ibu, sebagai kakak, sebagai adik, sebagai isteri, sebagai ketua dalam sesebuah jabatan dan kita lihat juga wanita ni memainkan peranan penting, terutamanya akademik.

Kalau tengok peratusan ya, peratusan kepadatan penduduk pun kalau kita ikutkan hampir separuh merupakan kaum wanita. Kalau di Universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi dan juga disekolah-sekolah, peratusan wanita juga mencapai tahap pendidikan yang agak baik dan cemerlang di kalangan wanita.

Sebab itu wanita-wanita ini kita tidak boleh ketepikan menjadi seorang pemimpin. Sebab itu sekarang ini, Kak Bibi membuat PHD, masih lagi mengikuti pengajian Kak Bibi di UIA untuk membuat PHD dalam bidang Sains Politik yang menjurus kepada pemerkasaan wanita-wanita dalam sektor-sektor yang mereka terlibat.

Itu yang Kak Bibi sedang usahakan dan latar belakang Kak Bibi juga sebelum ini juga mempunyai kelulusan dalam Degree in Mass Communication fokus kepada perhubungan awam dan kemudiannya Sarjana dalam bidang Pengurusan.

Jadi, apa yang Kak Bibi ada sekarang ni, Kak Bibi nak sampaikan melalui kerja-kerja kebajikan yang Kak Bibi buat. Tetapi disebabkan latar belakang pengalaman Kak Bibi ni lebih kepada keusahawanan, sebab itu Kak Bibi nak meningkatkan the economy side untuk wanita-wanita kita khususnya.

Dan dari segi pendidikan Kak Bibi yang non-stop walaupun telah berumur 50an, Kak Bibi ingin juga menjurus kepada ‘Up Diri’, ‘Lifting’-kan diorang punya ‘self-confident’ di dalam bidang ilmu dan pendidikan supaya apabila mereka combinekan ekonomi yang mantap dengan ilmu yang kuat ni dia boleh menjurus untuk membantu dari segi kebajikan.

Dia boleh ‘give back’ kepada masyarakat. Itu yang Kak Bibi sedang usahakan dan ‘non-stop’ sampai sekarang. Sebab tu bila tiap kali Kak Bibi pergi acara, kita banyak buat kerjasama dengan Universiti Malaya, kita buat MOA (perjanjian) dengan mereka.

Kita ada MOA sejak 2017. Kita ada MOA tiga tahun, tiga tahun, tiga tahun dalam bidang ‘Up Diri’ Ilmu dari segi pengajian Islam. Ada empat pengajian Islam yang kita sedang buat satu Malaysia iaitu tentang, pengajian Agama Islam, Al-Quran, Bahasa Arab, Syariah, Usuludin.

Sekarang ini kita sedang fokuskan kepada pengajian berkaitan dengan Keusahawan Sosial untuk diterapkan kepada anak-anak kita yang berumur 15 tahun hingga 17 tahun di sekolahsekolah.

Itu salah satu usaha yang sedang kita lakukan disamping kita juga kerjasama yang konsisten dengan pihak Perkeso, dengan pihak Pusat Kanser Negara, Dengan Pihak Talasemia dan macam-macam agensi untuk kita gabungkan usaha untuk membantu masyarakat. Jadi, itu yang Kak Bibi buat.

Sekarang ini kalau diorang ada masalah terutamanya golongan B40, golongan susah dan sebagainya, dia orang nak dapatkan bantuan baitulmal, dia orang akan datang jumpa kami untuk buat akuan bersumpah Pesuruhjaya Sumpah.

Bibi bersama Tun M – foto facebook bibi sunita

Mereka akan dapat akuan bersumpah dan mereka-mereka yang nak buat syarikat Entreprise, Sdn Bhd, mereka datang jumpa kami, mereka minta nasihat macam mana nak buka syarikat, macam mana nak dapatkan pinjaman, jadi kita juga NGO.

Kak Bibi juga sebagai ‘change maker’ kepada Bank Islam untuk berikan pinjaman sehingga RM20,000 ‘zero percent interest’ dibawah konsep keusahawanan sosial untuk membantu mereka yang didalam bidang mikro business ini.

Jadi, this is the achievement la pada Kak Bibi tetapi tidak sampai pada tahap yang Kak Bibi nak buat. Belum sampai the achievement untuk kita buat.

Dalam UMNO ini saya mempunyai famili yang sangat tegar, akur menjadi pengikut yang sangat setia kepada UMNO.

Begitu juga saya ketika itu, kerana saya merasakan saya boleh mengubah sesuatu perkara dan menjadikan kearah kebaikan tetapi masalah yang timbul dalam UMNO ni, sistem yang ada didalam UMNO itu adalah sistem yang tidak betul.

Sistem dalam UMNO ialah mereka yang mempunyai kedudukan sentiasa berada kat tempat itu sebab sistem ialah melalui proses perwakilan. Proses perwakilan ini bermakna akan ada wujudnya pembelian undi perwakilan-perwakilan, dan disebabkan itu bukan diri saya, maka saya decide keluar dari UMNO ketika itu.

Membeli undi mengekalkan jawatan mereka sebagai Ketua Bahagian dan sebagainya. Jadi bila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan penyokong-penyokong saya ketika itu dekat dalam UMNO nak membawa saya untuk bertanding jawatan-jawatan yang agak tinggi dekat dalam parti tersebut tetapi apabila dia melibatkan group-group yang juga membeli undi dengan kewangan.

Jadi saya lihat itu salah satu daripada impak yang tidak bagus dalam sesebuah parti. Dan saya tidak percaya bila kita hendak menjadi seorang leader kita kena membeli untuk menjadi seorang leader. Patutnya keikhlasan itu datang daripada diri kita.

Bila kita ikhlas pengikut-pengikut ataupun follower-follower yang percaya tentang keikhlasan kita nak membantu membina sebuah bangsa yang berjaya baru dia sokong kita betul tak. Ini yang berlaku dekat pilihanraya pun.

Ia bukan melihat kepada faktor peribadi seorang pemimpin. Tetapi melihat apa yang boleh diberi. Apa yang boleh mereka dapat dan banyak yang bertanya kalau “aku undi kau dapat apa?”, something like that.

Dalam politik UMNO itu juga berlaku. Jadi disebabkan itu, dia nampak adanya kekangan dan disebabkan itu bukan saya keluar daripada UMNO, tetapi saya dicampakkan ke kawasan lain hanya disebabkan tidak membolehkan saya untuk bertanding dibahagian tersebut contohnya.

Jadi pada saya bila berlaku proses-proses yang tidak bagus tidak sihat, secara kotor, secara membeli, secara menggunakan salah guna kuasa. Saya tidak bersama dengan aktiviti sedemikianlah. That’s why saya keluar daripada UMNO.

foto facebook bibi sunita

MD.com : Akak ada sebut tentang budaya rasuah dalam UMNO. Bagaimana akak lihat usaha Tun Mahathir menerusi Proklamasi Orang Melayu ini? Adakah ia masih releven dalam suasana politik hari ini?

Bibi : Saya kalau ikut kan saya sangat sokong 200% dengan usaha yang Tun buat tetapi untuk mencapai apa yang dihasratkan oleh Tun ini agak mustahil untuk mencapainya sebab dia telah sebati dalam diri mereka masing-masing melainkan mereka betul-betul ingin membuang segala tu.

Sebab bila ada yang memberi ada yang menerima. Dia macam konsep rasuah la, benda itu tidak akan berjaya kita hapuskan selagi ada yang memberi ada yang menerima.

Tetapi kena bermula pada diri kita sendiri tau, kalau kita tidak menerima bila orang hendak memberi itu kita tidak menerima kita jadikan itu sebagai prinsip diri, integiti diri sebagai seorang tidak kiralah pada saya seorang pemimpin tak kiralah dia pengikut biasa kat bawah ini yang duduk dekat mana-mana tempat dan sebagainya, itu semua adalah pemimpin.

Jadi kita kena letakkan pada diri kita ini konsep integriti, kepercayaan kepada diri kita sendiri dan apa yang kita ingin lihat perubahan yang berlaku, sekiranya kita berpihak kepada mereka-mereka yang ingin membeli cara-cara macam ini dalam politik, bila mereka diangkat menjadi pemimpin, mereka diangkat oleh siapa? Masyarakat dan rakyatlah yang mengangkat mereka ini.

Tetapi apabila mereka berada di kepimpinan, katakanlah mereka itu seorang Ahli Parlimen dan sebagainya, mereka bukan lagi ikut suara rakyat, tetapi mereka mengikut suara parti-parti mereka.

Jadi kemana rakyat punya suara dan harapan? Jadi rakyat juga perlu mengkaji kalau boleh kita melihat seseorang itu bukan berdasarkan parti mereka tetapi berasaskan kepada nilai-nilai peribadi mereka itu, keikhlasan mereka

Jadi Proklamasi Orang Melayu ini, tujuan utama adalah inginkan kita supaya bersatu untuk menyokong dan kita perlu sedar ada kepincangan, kelompongan dengan orang bangsa Melayu kita sendiri. Kalau ikutkan dari segi perangkaan, peratus miskin tegar bangsa Melayu kita jauh lebih tinggi daripada bangsa-bangsa lain.

Jadi, ada yang Kak Bibi pergi jumpa, dia tanya “kenapa kita nak salahkan bangsa lain, yang salah bangsa kita..” Ada yang tanya begitu tau.

Jadi, dia tidak nampak apa yang berlaku sebelum ini. Penindasan-penindasan yang yang berlaku sebelum ini. Kita diberikan peluang dan ruang tetapi tidak setimpal dengan bangsa-bangsa lain.

Kita nak catch-up tu, berkejar tu ambik masa walaupun kalau ditengokkan peratusan kekayaan orang yang kaya itu. Kalau sebagai contohnya daripada 10 orang, 9 orang adalah bangsa lain, kita tidak boleh menafikan itu

Bersambung

Facebook
Twitter
WhatsApp