TERKINI

Usahawan Kita : Hyred Satu Platform Tingkat Kemahiran Dan Penjenamaan Diri

Abdul Muthalib Zulkarnain, seorang usahawan generi muda yang kini sedang meneroka suatu perusahaan dalam bidang teknologi dan analitik.

Kebijakkannya lahir dari bidang Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, sebelum itu menerima Pendidikan di Sekolah Sains Dungun, Terengganu.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 20 tahun dalam bidang pembangunan sumber manusia. Selain mengurus syarikat yang sedang berkembang, beliau kini sedang bertungkus lumus melanjutkan pengajian untuk sarjana keusahawanannya.

Pada umumnya, Hyred ialah sebuah platform penjenamaan peribadi yang bertujuan untuk membina dan memperkasakan komuniti berasaskan kemahiran. Ia menyediakan applikasi untuk merakam dan meningkatkan kemahiran seseorang sehingga dapat dipasarkan ke dalam industri.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Hyred dan apa fungsi serta kelebihannya, malayadaily membawakan kepada anda wawancara khas bersama orang muda yang kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Hyred, Sdr Muthalib Zulkarnain.

Abdul Muthalib Zulkarnain – CEO Hyred – foto malayadaily.com

BAHAGIAN I

Dilatih menjadi jurutera, membina kerjaya sebagai usahawan

MD.com : Ceritakan, bagaimana anda bermula.

Muthalib : Saya dari aliran sains, bersekolah di Sekolah Sains Dungun, tahun 96. Saya lebih (minat) ke arah aliran kejuruteraan, zaman tu diterapkan ke arah kejuruteraan, saya pula sekolah di Terengganu yang dekat dengan Kertih, jadi semua tentang Oil and Gas dan kejuruteraan.

Lepas SPM, kami dah di didik ke arah tu, maka saya cuba ke arah kejuruteraan. Kerana minat kejuruteraan, saya tolak satu tawaran kerana saya tak minat belajar bahasa di Jepun, tapi saya dapat bidang sumber manusia di UTM, masa tu saya cuba nak pindah dari bidang yang saya dapat ke bidang kejuruteraan, tapi dah agak terlewat, maka saya teruskan saja.

Namun minat mula timbul, ia disebabkan kata-kata dari profesor saya, dia kata ‘What is human resource all about?’ ‘If machanical engineers learn how to maintain machines, electrical engineers learn all the electrical items etc. Sumber manusia ada human engineers, bagi saya ini menarik.

Cuma cabaran dalam sumber manusia ini adalah ‘human are different’. Kalau mesin, kita hanya ikut manual, (tapi) manusia ada macam-macam jenis. Kerana itu saya dapati human resource ni menarik sebab kita belajar tentang psikologi, komunikasi, undang-undang dan sebagainya.

Jadi, dari pelajar sekolah aliran sains kepada aliran sosial dan saya gabungkan bersama pengalaman selama 26 tahun dalam sumber manusia, dalam pelbagai industri, media, pembinaan, F&B, hiburan.

Selepas itu saya tumpu bidang ini. Dalam bidang HR yang paling banyak ambil masa adalah pengambilan pekerja (recruitment), gaji (payroll) dan sebagainya.

Sebagai contoh, semasa saya urus syarikat F&B, hari ni baru recruit esok dah temuduga lagi, cakap boleh, bagus tapi seminggu lepas tu hilang.

Sebab itu saya menghargai modal insan (human capital), keadaan ini sukar sebab masa tu kita ada permintaan tinggi untuk hari krismas, tahun baru.

Jadi nak cari pekerja sambilan sampai agensi kenakan RM12 sejam, amat sukar untuk dapatkan. Orang ramai nak cari kerja, tapi mereka tak tahu di sini ada, ada miss match.

Jadi kita cuba enggage ke sekolah perhotelan dan sebagainya tapi tak berkesan juga sebab kalau tahun ni kita dah bagi pada mereka, batch tu dah tahu mereka dah keluar dari institusi. Jadi tahun berikutnya, kita terpaksan buat perkara yang sama.

Jadi pada tu, kami mulakan idea ini iaitu hiring base on skill. Naratif ini terbukti pada 2018. Masa tu kita anggap cuma nak buat kajian berdasarkan pengalaman kami.

Gary Vaynerchuk pernah cakap ‘firing is knowing, hiring is gambling’. Jadi kita seperti berjudi untuk mengambil seseorang.

Kalau judi, kita bercakap tentang risiko, jadi bagaimana kita nak kurangkan risiko itu. Pada 2018 Khazanah Research keluarkan laporan masalah utama kenapa orang muda kita tak bekerja dalam 6 bulan, ada masalah soft skill. Itu masalah utama.

Bila saya bincang dengan rakan universiti, dia kata, mereka (orang muda) terdedah dengan soft skill tapi tak properly recorded. Jadi itu ‘miss match’ lagi. Orang kata dia tak ada kemahiran, tapi sebenarnya budak ni ada skill, cuma ia tak direkodkan secara tuntas.

Sebab itu Hyred (syarikat ini) bukan seperti job platform, tapi masa kami lancarkan pada 2019 kami dilabel oleh MDEC, MSC (kami ada staus MSC) sebagai job platform. Nampaknya ini dilema kami.

Bagaimana orang boleh melihat Hyred ni adalah personal branding platform yang fokus pada pembangunan kemahiran. Visi kami adalah mewujudkan sebuah negara yang mempunyai manusia berkemahiran, macam Singapura sekarang, mereka sasar 2050 capai negara semua rakyat mempunyai kemahiran.

Jadi bagaimana kita nak pastikan (jadi seperti itu), kerana itulah kemampanan yang kita setuju yang manusia berkemahiran ini takkan hilang dari kita. Secara fizikalnya kami menyokong kepentingan kemahiran.

Kerana kemahiran, dia punya nilainya adalah ‘masa’, anda perlu luangkan masa untuk memiliki kemahiran. Jadi kita embedded (sematkan) teori dalam applikasi kami dipanggil ’10 thousand hours’.

Ia satu konsep dari Malcolm Gladwell, konsepnya bila anda luangkan 10 ribu jam kemahiran, anda dikira profesional. Kalau kita kira 10 ribu jam, itu lebih kurang 3-4 tahun.

Jadi bermula 2019, kita bantu seramai 6850 orang pelajar UiTM Terengganu untuk merekod setiap aktiviti yang mereka pergi di bawah kokurikulum. Ada 3 kampus, Kuala Terengganu, Bukit Besi dan Dungun.

Kami selesaikan 2 perkara kepada UiTM iaitu kami digitalkan sistem mereka, semua rekod simpan didalam applikasi. Dan kedua kita bantu mereka untuk merekod apa yang pelajar dapat daripada aktiviti (kurikulum) itu.

Contohnya dia datang ceramah tentang fotografi, atau latihan bola keranjang, atau datang mesyuarat AJK Kelab. Itu sepatutnya ada kemahiran yang diperolehi (dari aktiviti itu). Jadi kita bantu mereka rekod, dan mereka ada pengalaman dan kemahiran di dalam hiring card dia.

Applikasi hyred – foto hyred.my

Hyred, Apa benda?

MD.com : Bercakap tentang Hyred, bentuk perkhidmatan apa yang ada berikan?

Muthalib : Hyred adalah sebuah ekosistem. Ekosistem untuk individu, daripada tiada apa-apa, kepada sesuatu yang boleh dimiliki.

Bermakna kalau dia habis sekolah, tak ada apa-apa kemahiran, kita ada alat untuk rekodkan kemahiran apa yang di belajar. Dari kemahiran itu, mereka boleh tukarkan kepada tunai menerusi penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai.

Contohnya dia pandai buat copywriting, dia ada pendedahan berkaitan copywriting, atau dia boleh buat design atau penggunting rambut, jadi kami membantu merekod aktiviti mereka itu masa dia belajar.

Selepas buat aktiviti selama 2-3 tahun, dia boleh gunakan kemahiran itu jual dekat aplikasi kami dipanggil Hyredzasss, untuk menawarkan perkhidmatan di Hyred.

Kerana itu kita namakan ia sebagai ekosistem, maka orang boleh cari kerja atau dia beli perkhidmatan.

Jadi Hyred adalah ekosistem yang menawarkan penyelesaian kepada orang ramai untuk mencari kerja dan mencari perkhidmatan. Dan sebab itu tagline kami adalah ‘Hiring happens here’

MD.com : Apakah perkhidmatan anda tidak bertindih dengan peranan pusat kemahiran lain atau ianya membantu memperkukuhkan keperluan itu?

Muthalib : Kita tak mahu masuk dalam ruang peranan mereka, kami bukan akademi latihan, kami bukan institusi latihan, kami cuma menyediakan ‘enjin’ kepada institusi latihan untuk memiliki rakaman digital yang lebih baik.

Macam Giat MARA, kenapa kita memutuskan untuk bekerjasama dengan MARA sejak 2020 kerana ‘establishment’ Giat MARA dalam Malaysia. Dan kita bawa satu penyataan masalah kepada MARA dan dari situ kita mulakan kolaborasi.

Kami berjumpa penggunting rambut untuk libaturus dengan Gerakan Ekonomi Malaysia (NGO). Kita jumpa orang-orang yang berkemahiran dan masalahnya mereka tiada sijil. Dalam dunia digital, individu yang tiada sijil adalah sukar untuk meyakinkan orang ramai.

Sebagai contoh, mereka nak tahu berapa cekap seseorang itu. Tahap kecekapan hanya diberikan oleh institusi, kerana itu Giat MARA ada di merata Malaysia. Jadi kita kumpulkan demand siapa yang tak ada sijil, Giat MARA akan menilai mereka atau sediakan latihan tambahan supaya mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) level 1, level 2, maka mereka lebih mudah dipasarkan.

Kami sediakan digital platform, itu sumbangan (complement) kami. Sebelum ni mereka dah cuba bina, tapi tak berlaku dan mereka kenal kami dan bekerjasama kerana sistem kami dan ready.

Kami tak kenakan apa-apa bayaran, hyredzasss adalah aplikasi yang percuma, kami hanya ambil komisen dari transaksi.

Applikasi hyredzasss – foto hyred.my

Kisah Sukses

MD.com : Apa pencapaian penting yang telah dicapai oleh Hyred?

Muthalib : Kejayaan pertama pada 2019 bila kami lancarkan aplikasi ini Hyredzasss. Kerana bagi saya sebagai orang yang tiada pengalaman dalam membina aplikasi, malah Ketua Pegawai Teknologi kami pun tiada pengalaman membina aplikasi.

Kami antara yang pertama di Malaysia yang menggunakan ‘flutter language’ di google untuk aplikasi kami. Kami cabar diri kami kerana ia akan memberi manfaat kepada kami pada masa hadapan; hari ini.

Selepas itu kami bekerjasama dengan UiTM sejak september 2019, itu menjadi tapak bagi kami kerana kami meneroka pasaran bersama universiti.

Bermula dari situ kami berkembang, bermula Jan hingga Mac 2020. Namun pada masa tu semua tahu apa berlaku (Covid19). Masa tu sangat kritikal.

Namun kami ambil itu sebagai satu cabaran. Masa itu kami ambil keputusan untuk menyertai program Cradle (Cradle fund), iaitu program Coach And Grow Program (CGP) kerana masa (PKP) kita tak dapat nak cipta daya tarikan untuk projek kami.

Selepas itu tak sampai satu bulan, ada peluang daripada MDEC, kami dijemput menyertai ‘Gig Economy Challenge’ APAC UNCDF, ia program bawah UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).

Alhamdulillah kami menang dalam program itu. Ketika itu kami membentangkan di hadapan semua menteri kewangan APAC menerusi pembentangan maya (virtual presentation).

Dari 16 buah negara, dua orang dari Malaysia memenanginya, salah satu itu kami.

Ada 3 solution yang dipilih, pertama Hyred, Versa dan Paywatch. Paywatch ialah syarikat dari Korea yang dipayung oleh Robert Kuok manakala Versa dipayungi oleh bank UOB.

Kedua pemenang ini dipayungi oleh syarikat besar tetapi Hyred hanya kami.

Zaman tu kalau kita sedar, kita heboh tentang online business, orang buat di shopee, buat masakan popular dsb.

Mereka semua menjual produk, membantu orang menjual produk. Bagaimana orang yang menjual perkhidmatan ini? Masa tu memang tak ada langsung penyelesaian terbaik yang dapat membantu kumpulan ini.

Hinggakan mereka berkata, jika aku tak ada kedai, aku tak boleh beroperasi. Pada asasnya, kamu ada kemahiran, kamu boleh pergi rumah orang untuk menggunting rambut, pergi rumah orang untuk groom kucing dsb. Jadi kamu tak perlu premis.

Ini permulaan, visi hyredzasss kami nak established di negara asean, regional based. Kami nak tumpukan Asean. Kerana umumnya negara asean berkongsi banyak persamaan seperti kebudayaan.

BERSAMBUNG BAHAGIAN II

Facebook
Twitter
WhatsApp