TERKINI

Hati Ini Seperti Hutan Yang Terbakar

Gambar hiasan – awani

Hati ini seperti hutan yang terbakar, Kepedihan yang tak mungkin hilang

Tanahair ini pernah dipertahankan, Tanahair ini pernah dimerdekakan

Nyawa dipertaruhkan, Gugur pahlawan kerana pengkhianatan, Yang disayangi, dikasihi ditinggalkan

Hari ini, dalam jutaan bangsa ku

Dilalaikan, Dipergunakan, Janji reformasi, Yang belum tentu membela, Nasib bangsa

Kerana ketamakan, kerana sikap bangsa sendiri, Mereka mengintai untuk mengubah

Landskap milik melayu

Bukalah pandangan mu, Lihatlah akan milikmu

Makin hari makin hilang, Jangan tangisi bila engkau terbuang

Sikap tidak peduli mu, Mengguntungkan mereka

Sikap tidak peduli mu, Tiada makna pada kemerdekaan

Sikap tidak peduli mu. Masa depan anak cucu mu akan terancam

Sikap tidak peduli mu, Tertimbus dalam kehancuran

Dimana letaknya kesetiaan mu, Dimana letaknya maruah mu

Hati Ini Seperti Hutan Yang Terbakar

Puisi Oleh : Hariyati Ismail

Facebook
Twitter
WhatsApp