TERKINI

Ini masa paling sesuai cari Iphone

Gambar hiasan – foto arkib

Dengan pengenalan empat telefon baharu di bawah siri iPhone 16 pagi ini, Apple secara rasmi telah menamatkan jualan iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max dan iPhone 13 menerusi kedai atas talian rasmi mereka. Pembelian ketiga-tiga model ini hanya boleh dilakukan menerusi stor pihak ketiga serta selagi stok masih ada.

Amalan menghentikan jualan model tahun sebelumnya adalah perkara lazim bagi Apple kerana memberikan tumpuan kepada model yang lebih terkini. Bagi yang ingin mencari iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max, sekarang ialah masa paling terbaik untuk membeli kerana secara lazimnya harga jualan akan berkurangan secara mendadak pasca pelancaran iPhone baharu.

Apple walau bagaimanapun masih lagi menjual iPhone 14, iPhone 14 Plus dan juga iPhone SE bagi mereka yang ingin mencari iPhone yang dijual pada hara lebih mampu milik. Siri iPhone 14 dijual pada harga bermula daripada RM2999 manakala iPhone SE pula bermula daripada RM2199 sebuah berbanding siri iPhone 16 yang bermula daripada RM3999 sebuah. – Amanz

Facebook
Twitter
WhatsApp