DIA : Semangatnya tidak pernah dimamah usia
Mindanya masih tajam dan berbisa
Bila dia bersuara, ia dari sanubarinya
Mereka sukar menerima, tiada fahaman
Tidak pernah gentar kecuali Tuhannya
Terus memikul perjuangan ABATA
Dia : Digelar dengan nama seburuk buruknya
Dicaci, dihina tanpa batasan
Tidak mengapa, demi sayangnya pada ABATA
Perjuangan mesti diteruskan kerana ia satu kewajipan
Gengam bara api sampai jadi arang
Mereka yang buta sejarah
Mereka yang dibeli jiwa
Mereka yang tidak ada adab bangsa
Mereka yang tidak ada hala tuju
Mereka yang bagai lembu dicucuk hidung
Mereka yang tidak tahu mengenang budi
Mereka mudah lupa
Dia : Kepimpinannya diiktiraf dunia
Pengaruhnya merentasi sempadan
Suara lantangnya membuat musuhnya gusar
Kekejaman, kezaliman, penindasan dimana saja,
Dia akan terus bangun dan mengkritik
Terutama Islam dan umatnya jangan diusik
Dia : Aku lihat dia sebagai seorang ayah,
Tidak putus asa untuk terus mendidik
Memberi peluang pada anak bangsa
Malangnya yang berjaya sangat sedikit
Tangis seorang diri, mengenangkan nasib bangsa
Yang mudah alpa dan lupa, kegelapan akan tiba
Dia : Ya, dia bukan sempurna,
Kerana dia hanya seorang manusia
Dia : Namun lihatlah kejayaannya
Kurnian Allah Yang Maha bijaksana
Menentang musuh tanpa senjata
British berlagak tuan ditanahair
Dia : Dengan kempen Buy British Last
Dengan dasar Pandang ke Timur
Dengan serangan Dawn Raid, syarikat Guthrie milik Malaysia
Dia : Sejarah membuktikan tapi kerana hasutan
Fakta diputar belitkan oleh mereka yang munafik
Kerana tamak dan gila kuasa, nasib bangsa diperjudikan
Dia kini, tatkala kudrat badannya telah jauh meninggalkan
Kepintaran dan kebijaksanaannya masih ditagih
Dia tak akan mendiamkan diri
Dia memilih bekerja sampai mati
Kerana perjuangan masih belum selesai
Puisi Oleh : Hariyati Ismail