TERKINI

Semangat Kesukarelaan Perlu Dipertingkatkan

Gambar hiasan – rawangpost

KUALA LUMPUR, 20 April 2023 – Konsep kejiranan dan semangat kesukarelaan perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan persekitaran yang sihat,  harmoni serta sejahtera sekali gus mampu membantu jiran tetangga yang ditimpa masalah.

Pengerusi Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan, berkata sekiranya konsep ini dapat disemai, sedikit sebanyak apa saja yang berlaku di persekitaran mampu ditangani dengan segera.

Bukan ‘mahu menjaga tepi kain orang’ , sebaliknya dengan semangat kejiranan dan kesukarelaan yang utuh mungkin isu berlaku seperti kes kematian yang melibatkan empat beradik akibat kebakaran yang berlaku di Muar Johor, baru-baru ini dapat dielakkan.

“Untuk kes tertentu, ada ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak dan mereka tiada pilihan untuk keluar sekejap atas pelbagai urusan”, katanya

Justeru, beliau berharap orang ramai supaya tidak menyalahkan ibu bapa 100 peratus dalam sesuatu kejadian kemalangan yang berlaku.

Beliau tidak menafikan ada saja ibu bapa  atau ibu tunggal nekad untuk tinggalkan anak  tanpa pengawasan orang dewasa untuk keluar rumah seketika untuk membeli barangan atau sebagainya

Beliau yakin dengan adanya konsep kejiranan atau konsep kesukarelawan seperti yang banyak dilaksanakan di luar negara, pasti nasib anak-anak berkenaan lebih terbela apabila ada yang membantu menjaga mereka. 

Semua negara berpendirian sama tidak membenarkan ibu bapa atau penjaga

meninggalkan anak tanpa pengawasan orang dewasa  terutama di rumah.

Namun, dengan adanya konsep kejiranan atau konsep kesukarelawan  seperti yang banyak dilaksanakan di luar negara, mereka ini dapat membantu menjaga anak-anak untuk tempoh dan bayaran tertentu.

“Jadi saya berharap pihak bertanggungjawap dapat mempertingkatkan konsep itu, bagi mengelak tragedi di kawasan kejiranan”

Beliau berkata, dalam pembentangan bajet baru-baru ini, ada dimaklumkan meminta agensi swasta menyediakan pusat jagaan atau asuhan di premis masing-masing, namun sejauhmana ianya dilaksanakan?

“Setakat bagi cadangan namun tiada akta diperuntukkan, ia tidak akan berkesan, sebaliknya akan hanya tinggal cadangan sahaja”

TAMPIL BANTU JIRAN

Beliau percaya dengan adanya pusat asuhan, ibu bapa terutamanya ibu tunggal yang kurang berkemampuan dapat menarik nafas lega apabila anak mereka diawasi di depan mata.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, tidak semua orang mampu menghantar anak mereka ke pusat asuhan, taska atau tabika terutama ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak yang masih kecil dan pada masa yang sama bekerja mencari nafkah”

“Diharapkan ramai pihak yang prihatin dapat tampil membantu jiran yang ada masalah agar nasib anak mereka terbela”

“Saya yakin kebanyakkan ibu tunggal tidak kisah mencari nafkah demi anak, tetapi memandangkan ada anak yang masih kecil, ia menjadi kekangan mereka, sekaligus ada terpaksa hidup dengan hasil wang bantuan sahaja” katanya.

Beliau juga berharap golongan itu turut ditawarkan insuran secara percuma supaya jika berlaku apa jua kejadian tidak diingini seperti kemalangan atau kebakaran akan mendapat sedikit manafaat.

Pandangan ikhlas yang dikongsikan oleh Puan Hajah Bibi Sunita binti Sakandar Khan kepada wartawan Berita Harian baru-baru ini. – Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp