TERKINI

Siti Khadijah Bukan Sekadar Jenama

foto kredit Gempak.com

Tanda Nama ‘LAMBANG CINTA ABADI’ bagi pengeluar telekung jenama Siti Khadijah sudah semakin dikenali diseluruh Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi gaya dalam kalangan kaum Hawa, malah kaum Adam juga tertarik untuk menjadikan telekung jenama Siti Khadijah sebagai cenderahati kepada insan tersayang, ibu, isteri, kakak dan lain-lain.

Dalam industri kecil dan sederhana, jenama ini telah berjaya meletakkan satu asas yang kukuh dalam industri pengeluaran pakaian

Wartawan: Sebagai permulaan, boleh puan jelaskan, mengapa telekung sebagai perniagaan dan bukan tudung atau yang lain?

Padzilah: Dahulu saya adalah surirumah dan hanya fokus jaga anak enam orang lelaki tapi bila ada masalah kewangan buat saya terfikir apa nak buat bagi membantu keluarga. Sebelum ni saya adalah terlibat dalam perniagaan seperti multilevel tapi tidak lagi terlibat, sudah serik.

Saya memang pandai menjahit dan cadangan awal memang nak buat tudung tapi kawan saya tanya kenapa nak buat tudung kerana dah banyak saingan. Dia bagitahu saya kenapa tidak buat telekung dan saya pun bertanya biar betul nak buat telekung.

Tapi saya cuba berfikir mendalam, dan  turunkan ego akhirnya bersetuju dengan cadangan kawan saya yang juga merangkap jurulatih dan mentor yang juga sahabat baik. Dengan kebolehan menjahit saya buat telekung yang luar biasa, tak nak yang sama seperti yang ada dalam pasaran. Apa beza dengan orang lain kerana saya perlu fikir di luar kotak. Dia yang cadang pada saya buat telekung untuk cari kelainan.

Wartawan : Pasaran eksport ke luar negara bagaimana?

Padzilah : Di Singapura dan Brunei kami ada pasarkan tapi di Indonesia kami memang ada membuat telekung di sana dan di jual di sana.

Wartawan : Ada perancangan nak eksport lebih luas di luar negara?

Padzilah : Di Indonesia memang ada sasaran kerana di sana rakyatnya ramai dan pasaran lebih luas. Kami masih belum all out lagi untuk pasaran sana tapi belum menjadi seperti Siti Khadijah di Malaysia.

Insya Allah tahun ini kami akan fokus di sana dan sudah mula menampakkan cahaya. Di United Kingdom kami sudah masuk pasaran di sana dan sudah ada lawan sesawang, media sosial di sana dan kami sudah mempunyai ejen dan tempatkan stok.

Di sana kami lebih fokus kepada platform e-dagang. Namun akibat masalah dalaman ia belum mencapai sasaran kami. Jadi kami akan mula lebih fokus untuk pasaran antarabangsa bermula tahun ini dan tahun depan.

Wartawan : Pasaran domestik saingan bagaimana? Dari segi penjenamaan telekung Siti Khadijah memang kehadapan berbanding yang lain?

Padzilah : Pasaran telekung memang tinggi di Malaysia tetapi saingan dengan kualiti dan kemasan seperti telekung Siti Khadijah belum ada pesaing yang rapat  kerana mereka ada pasaran yang tersendiri. Setakat ini kalau orang sebut telekung orang akan ingat Siti Khadijah.

Wartawan : Peluang kerja diberi kepada warga tempatan yang membantu menaik taraf hidup. Puan dilihat banyak menyumbang kepada mereka memerlukan?

Padzilah : Memang sejak dari awal saya telah berniat nak majukan lokal. Ini kerana  saya tahu bagaimana perasaan seorang surirumah yang tak bekerja, bergelumang dengan anak, pakaian tak cantik.

Walaupun saya bukan ibu tunggal tetapi perasaan kewanitaan dan keibuan saya  terusik dan ingin membantu mereka. Jadi saya nakkan mereka ini jadi lebih baik dari hanya mengharapkan pendapatan suami, atau sebagai ibu tunggal supaya mereka ada pendapatan.

Mereka akhirnya mulakan kehidupan baharu berkhidmat dengan Siti Khadijah. Alhamdullilah mereka menjalani kehidupan lebih baik. Kami bukan hanya melihat daripada segi penjenamaan atau keuntungan, tetapi kejayaan paling besar bagi pasukan Siti Khadijah adalah menyumbang kepada sosial ekonomi wanita yang akhirnya turut mengubah hidup mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp