KUALA LUMPUR, 6 Jan 2024 – Ahli-ahli parlimen yang menarik sokongan daripada kerajaan, tidak melanggar Akta Anti Lompat Parti, demikian pandangan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, pemimpin Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.
Khairuddin berkata, lima wakil rakyat PN yang menyokong kerajaan Madani tanpa perlu keluar parti secara en-bloc tidak melanggar akta tersebut.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa kaedah menumbangkan kerajaan melalui akuan bersumpah (SD) tidak lagi dapat dibuat dengan adanya akta baru yang mengekang tindakan ahli parlimen ‘melompat’,
“Apakah salah sekiranya wakil-wakil rakyat kerajaan Madani menarik sokongan dan menyokong pembangkang tanpa perlu keluar parti secara en-bloc?
“Bukankan prinsipnya sama dengan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Madani?, soal Khairuddin.
Menurutnya lagi, apa yang berlaku ketika ini adalah dari ‘precedent set’ (duluan) oleh kerajaan Madani itu sendiri.
“Bukankah ini salah kerajaan Madani sendiri yang telah ‘set precedent’ untuk semua wakil-wakil rakyat mengambil tindakan yang sama tanpa melanggari Akta Lompat Parti?, ujarnya.
Dalam kenyataan yang sama, beliau bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir bahawa Anwar Ibrahim seorang yang pakar kerajaan pintu belakang.
“Orang yang selalu menunjukkan contoh teladan untuk jatuhkan kerajaan pusat pada suatu masa dahulu adalah PMX.
“Macam-macam tindakan serta kaedah yang cuba dilakukan oleh PMX pada waktu itu untuk tumbangkan kerajaan sediada yang dipilih oleh rakyat secara sah.
“Mereka buat apa saja boleh demi bagi mencapai kepentingan agenda politik masing-masing tetapi sekiranya orang lain buat mereka akan bising melalut kononnya tidak boleh dilakukan. – malayadaily.com