TERKINI

Duta Cuba setuju pandangan Tun M kecam kuasa Veto AS

Kunjungan hormat Duta Besar Repuclik Cuba ke Malaysia, TYT Florentino Batista Gonzalez – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 23 Apr 24 – Duta Besar Repuclik Cuba ke Malaysia, TYT Florentino Batista Gonzalez menzahirkan sokongan terhadap pandangan mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang mempertikaikan kuasa veto Amerika Syarikat (AS) berhubung konflik di Palestin.

Kenyataan tersebut dimuat naik di laman X oleh pentadbir lam sosial, selepas Mahathir menerima kunjungan hormat Duta Besar tersebut, di pejabatnya, hari ini.

“Fokus pertemuan TYT Florentino Batista Gonzalez bersama Dr Mahathir semalam tertumpu kepada isu kezaliman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.

“Selain itu TYT Florentino Batista Gonzalez bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir dan mengecam kuasa veto US di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sekian lama menidakkan pembelaan ke atas nasib Palestin. Katanya.

Dalam pertemuan itu, Florentino telah menyampaikan surat daripada Presiden Republik Cuba, Miguel Díaz-Canel Bermúdez kepada Dr Mahathir sebagai jawapan balas kepada surat Mahathir yang sebelum ini menggesa pemimpin-pemimpin dunia untuk mendesak dan mengambil tindakan tegas terhadap Israel kerana jenayah perang yang dilakukannya terhadap Palestin.

Surat Presiden Cuba menyatakan; “Majlis Keselamatan PBB mesti memenuhi mandat dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel. Sejarah akan mempertanggungjawabkan kerajaan US di atas perbuatan subahat mengguna kuasa veto yang berulang kali menjamin Israel bebas melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan. Perhimpunan Agung PBB mesti mengguna seluruh kuasanya dan mengambil tindakan. Penyelesaian konflik Israel-Palestin perlu menggariskan pucuk pangkal konflik tanpa berlengah dan dengan ini mampu menyumbang kepada kestabilan dan keamanan seluruh wilayah Timur Tengah…”

“Republik Cuba menegaskan ketika Sidang Kemuncak ke-19 Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM), antara lain mencadangkan gencatan senjata segera di Gaza dan seluruh wilayah Palestin, penghantaran segara misi perlindungan antarabangsa ke sempadan Gaza dan mahu negara Palestin diterimasebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“TYT Florentino Batista Gonzalez menyatakan sepertimana Malaysia, Republik Cuba tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan telah memutuskannya sejak tahun 1973. Menurut kenyataan tersebut.

Minggu lalu, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf negara Palestin.

Pengundian yang dilakukan dalam sidang Majlis Keselamatan PBB (UNSC) itu secara langsung menafikan Palestin keahlian penuh dalam badan dunia itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp