TERKINI

Gagal Beri Bukti, Anwar Dedah Pekung Sendiri – Datuk Dr Mohammad Fairus Khairuddin

Ds Dr Mohammad Fairus – foto NST

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Episod kegagalan Anwar Ibrahim yang gagal memberikan bukti mengenai semua dakwaannya ke atas Tun Dr Mahathir hanya membuka pekung beliau sendiri. Demikian pandangan bekas sekutu politik Anwar Ibrahim yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohammad Fairus Khairuddin.

Bercakap kepada malayadaily awal hari ini, Fairus mendakwa sekiranya Anwar sudah mempunyai bukti, pasti ianya sudah dinyatakan.

“Sekiranya benar Anwar mempunyai segala bukti tuduhan-tuduhannya terhadap Tun Dr. Mahathir itu, beliau seharusnya sudah berupaya mempersembahkan segala bukti di atas segala pertuduhannya itu terhadap Mahathir dalam tempoh yang diberikan itu.

“Ironinya, walaupun sudah berpuluh-puluh tahun Anwar meratib berkenaan tuduhan-tuduhannya itu terhadap Mahathir, tetapi masih meminta tangguhan masa yang akhirnya apabila tempoh itu berakhir semalam, dia masih tidak berupaya melakukannya.

Fairus turut berkata jika Dr. Mahathir benar-benar melakukan seperti apa yang difitnahkan Anwar itu, sudah tentu Mahathir tidak akan berani untuk mencabar Anwar untuk mengemukakan bukti.

Semalam 17 April, merupakan tarikh akhir untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab tuntutan Mahathir, namun beliau tidak mengemukakan apa-apa bukti mengenai dakwaannya bahawa Mahathir telah menggunakan kedudukan untuk mengayakan keluarganya ketika menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, Anwar menyatakan menerusi peguamnya bahawa beliau menafikan segala dakwaan dan kandungan notis tuntutan dan bersedia bersemuka di mahkamah. – malaydaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp