
KUALA LUMPUR, 17 Mac 25 – Aktivis politik terkenal, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan kenyataan Dr Abu Hafiz Salleh Hudin yang mempertikaikan pandangan Tun Mahathir Mohamad mengenai isu GISB, sebagai mencari publisiti murahan untuk mendapat tempat dalam politik.
“Ini adalah kalangan opportunis yang cuba mencari publisiti murahan untuk mendapat tempat dalam lanskap politik tanahair kita.
Menurut Khairuddin, tindakan Mahathir berhubung isu Al-Arqam suatu masa dulu hanya fokus kepada masalah akidah, yang mana ia telah diputuskan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), dan bukan menghukum perniagaan Al-Arqam.
“Untuk makluman Abu Hafiz dulu apabila Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa pertubuhan Al Arqam telah terpesong dari ajaran agama Islam yang berteraskan Al Quran serta As Sunnah maka pertubuhan Al Arqam telah diharamkan oleh pemerintah negara pada waktu itu.
“Namun, dari segi aktiviti ekonomi Al Arqam tidak pernah diganggu-gugat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu tersebut.
Jelas Khairuddin, Mahathir Mohamad tidak menyentuh langsung tindakan untuk menyekat atau mengharamkan aktiviti ekonomi Al Arqam selepas fatwa ajaran Al Arqam sesat diputuskan.
“Pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menentang penyelewengan aqidah syariat Al Arqam semata-mata.
“Setelah Allahyarham Ustaz Ashaari ditahan oleh pihak penguatkuasa agama beliau telah dibawa ke Pusat Islam untuk bermuzakarrah dengan ulama-ulama kerajaan yang akhirnya Al Ustaz Ashaari sendiri mengaku kesilapan aqidah ajaran agama Al Arqam.
“Selepas itu ekonomi Al Arqam terus berkembang setelah mereka menjenamakan semula perniagaan dan berkembang hingga ke Mesir, Arab Saudi, Pakistan serta beberapa negara-negara Islam di seluruh dunia.
Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin menyindir Abu Haffiz sebagai “agamawan muda komersil” mengenai apa kena mengena kesilapan pegangan aqidah agama GISB dengan aktiviti-aktiviti perniagaan mereka?
Baru-baru ini, dalam satu Podcast, mantan perdana menteri itu mempertikaikan tindakan kerajaan dalam menangani isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang disifatkannya sebagai “membunuh” perniagaan Melayu Islam.
Menurut Mahathir, jika GISBH didapati mempunyai penyelewengan dalam fahaman agama maka sepatutnya yang diperbetulkan aspek agamanya bukan menutup perniagaan mereka.
Abu Hafiz pula memberi respon dengan memuat naib sebuah video mempertikai pandangan Mahathir mengani isu yang sama. – malayadaily.com