TERKINI

Isu SMJK: Pakar sokong pengajaran subjek Sejarah Malaysia di sekolah vernakular

Anuar Ahmad – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 7 Jun 24 – Pensyarah Kanan dan Pakar Pendidikan, Dr Anuar Ahmad bersetuju dengan pandangan Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican yang mencadangkan agar subjek sejarah Malaysia diajar di sekolah-sekolah vernakular.

Anuar Ahmad ketika mengulas isu bantahan pihak pengurusan 11 buah sekolah Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), berpendapat bahawa pelaksanaan Dual Language Program (DLP) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2016, satu dasar yang buruk.

“Dasar DLP telah memerangkap KPM sendiri. Alasan PIBG di Penang bahawa ibu bapa yang mahukan sains Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah selari dengan dasar DLP.

“KPM tak boleh pusing balik sebab dulu DLP dimulakan di sesebuah (sekolah) hanya atas persetujuan ibu bapa.

“Sebab itu saya berulang kali tegaskan, DLP adalah antara dasar paling buruk di dalam sejarah pendidikan negara. Ujarnya.

Menurut beliau, cara terbaik untuk memperbetulkan keadaan ini ialah dengan memasukkan pengajaran subjek sejarah Malaysia di sekolah-sekolah vernakular.

“Oleh itu, cara terbaik sekarang ialah mesti ada arahan Menteri Pendidikan berdasarkan perkara 28 dan 17 Akta Pendidikan 1996, supaya mata pelajaran sejarah Malaysia mesti diajar dalam Bahasa Melayu dilaksanakan di semua sekolah SJK dan SMJK bawah KPM.

“Tiada kompromi. Soalnya berani atau tidak? Ujar Anuar Ahmad.

Semalam, Profesor sejarah sosial dan intelektual, Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican mencadangkan agar kementerian menekan pendidikan mata pelajaran sejarah Malaysia di sekolah-sekolah vernakular, menggunakan bahasa Melayu dan diajar oleh guru berbangsa Melayu.

“Jadi reasksi saya ialah sepatutnya kementerian menekankan pengajaran subjek sejarah dalam bahasa melayu, oleh guru Melayu, dengan mengunakan kurikulim dan silibus dalam bahasa melayu dan buku teks dalam Bahasa Melayu.

“Ini sejarah Malaysia. Apakah kita mengabai dan mengalpakan subjek sejarah Malaysia di Sekolah vernakukar. Sepatutnya ini tidak ada kompromi. Ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng yang mewakili 11 sekolah berkenaan dilapor berkata, surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri bertarikh 15 April sudah dihantar kepada pengetua 36 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga 52 SMJK dan SMK. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp