TERKINI

Isu Spanco : Peguam Kanan setuju kenyataan pemimpin DAP

Haniff Khatri (kiri), Lim Lip Eng (kanan) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 13 aPR 24 – Peguam Kanan, Haniff Khatri bersetuju dengan kenyataan seorang pmimpin DAP dalam isu yang melibatkan dakwaan terhadap kontrak kerajaan dengan Spanco Sdn Bhd (SPANCO).

Hanif dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman facebook beliau berkata, kenyataan wakil rakyat Kepong, Lim Lip Eng adalah tepat.

“Oleh itu kenyataan yang dibuat pada hari ini oleh seorang wakil rakyat Kepong, Lim Lim Eng adalah amat tepat, di mana kerajaan perlu menilai semula kontrak RM 3.9 bilion tersebut.

Beliau mengulas isu tersebut berikutan laporan media pada 19 Mac tersebut juga memetik kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) bahawa kontrak masih berjalan berdasarkan ketetapan yang dimeterai antara kerajaan dengan Spanco.

“Soalan pokok di sini, 19 Mac pertuduhan yang dibawa adalah bertarikh 3 April, lebih kurang 2 minggu selepas itu.

“Justeru menjadi kewajipan dan tanggungjawab Kementerian kewangan bukan untuk meneruskan dengan kontrak di mana menjadi asas pertuduhan jenayah terhadap ketua syarikat tersebut, tetapi untuk meneliti (dan) menilai semula dengan mengambil tindakan yang wajar kerana ini melibatkan dana awam.

“Maka jumlah sebanyak RM 3.9 bilion tidak boleh diteruskan, untuk menbelanjakan dana awam kepada suatu perkara yang dikatakan oleh agensi awam penguat kuasa awam didorong melalui penipuan dan ketidakjujuran. Ujar beliau.

Dalam kenyataan yang sama, Haniff berpandangan sekalipun kes mahkamah belum mula dibicarakan dan belum diketahui sama ada pengerusi Spanco tersebut didapati bersalah ataupun tidak, itu satu perkara lain.

“Isu berkaitan dengan penganugerahan kontrak tersebut masih perlu diambil tindakan yang wajar oleh kerajaan kerana menurut konsep kedaulatan undang undang apabila agensi penguat kuasa undang-undang negara telah membuat keputusan untuk mendakwa ketua syarikat di mahkamah berkaitan dengan penipuan dan ketidakjujuran dalam perolehan kontrak berkenaan, maka semestinyalah kontrak tersebut perlu diteliti semula, perlu diambil tindakan sama ada ianya hendak dibatalkan ataupun diberikan melalui tender kepada syarikat lain oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu Kementerian kewangan. Kata Haniff

Baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen DAP menggesa kerajaan untuk menjalankan semula semakan menyeluruh kontrak dengan Spanco Sdn Bhd (SPANCO).

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, dilaporkan berkata semakan menyeluruh itu perlu dibuat walaupun ketika ini prosiding mahkamah sedang berlangsung terhadap pemilik syarikat terbabit.

Terdahulu, Pengerusi SPANCO, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, didakwa di Mahkamah Sesyen, atas tuduhan menipu hingga mendorong Kementerian Kewangan (MOF) menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, pengerusi syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan berusia 83 tahun itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di depan Hakim, Suzana Hussin. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp