TERKINI

Jadikan Perpaduan Aset Paling Utama Negara – Agong

Yang Dipertuan Agong – Foto The Sun Daily

KUCHING, 21 Mei 2023 – Semua rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset utama negara demi masa depan.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenan merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching di sini hari ini.

“Tiga aspek paling utama berkaitan perpaduan setelah mendengar kata-kata anak muda tadi saya rasa terpanggil, untuk kita menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara paling utama demi masa depan.

“Kedua, kita harus mengurangkan perbezaan antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan kurangkan jurang perbezaan kaum, agama, dan bangsa,” titah baginda.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda pada 11 pagi disambut Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan melancarkan lagu tema perpaduan yang menggabungkan pelbagai dialek di Malaysia bertajuk, Setia Perpaduan. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp