TERKINI

Keputusan isu Pulau Batu Puteh telah dipersetujui kabinet 2018 – Peguam

Rafique Rashid – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 22 Mac 2024 – Peguambela, Rafique Rashid mengingatkan kembali bahawa keputusan kerajaan berhubung isu Pulau Batu Puteh pada Mei 2018 telah dipersetujui oleh menteri kabinet pada masa itu.

Ketika mengulas ucapan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Insititusi, Dato’ Sri Azalina Othman Said di Dewan Negara, berkenaan tujuan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Batu Puteh, Rafique berkata, keputusan kerajaan pada ketika itu dibuat berdasarkan nasihat daripada Dr. Brendan Plant yang mewakli tiga perunding antara bangsa dan peguam tempatan.

“Persoalan yang timbul adalah mengapakah beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam menekankan perkara berkaitan RCI Batu Puteh ini, sedangkan telah banyak penjelasan-penjelasan telah diberikan, terutama sekali daripada bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tentang penarikan balik Permohonan Semakan tersebut.

“Harus diingat juga bahawa Keputusan Kerajaan pada Mei 2018 tersebut telah disetujui oleh Kabinet Persekutuan pada masa itu, yang mana turut dianggotai oleh sesetengah Ahli Kabinet Persekutuan Kerajaan hari ini.

Dalam mengulas hal itu, Rashid menegaskan agar RCI ini dijalankan dengan telus dan adil.

“Pun begitu, RCI ini mestilah telus dan adil. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp