TERKINI

Kerajaan Gunakan Polis Ugut Saya, dakwa Tun Mahathir

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2023 – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan hari ini menggunakan polis untuk mengugut mana-mana pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

Mahathir berkata, tindakan pihak polis untuk merakamkan kenyataannya merupakan tekanan untuk menghalang daripada beliau memberikan sebarang kenyataan.

“Kenyataan oleh polis ini satu cara ugutan menghalang saya daripada bercakap berkenaan masalah dalam negara. Saya bercakap semuanya berasaskan fakta jelas yang tidak menyalahi undang-undang.

“Saya bercakap berkenaan perlembagaan, yang mana perlembagaan sebut kedudukan negara sebagai Tanah Melayu. Ini dianggap sebagai perkauman jadi saya tak boleh bercakap soal perlembagaan.

“Sebaliknya kita dengar kerajaan dipimpinnya berjuang untuk reformasi, hapuskan undang-undang zalim tapi dia gunakan undang-undang zalim bahkan bertindak diluar undang-undang,” kata Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya hari ini.

Tambah Mahathir, proses rakaman kenyataan terbaharu oleh pihak polis itu adalah kali kelapan beliau diminta berbuat demikian, dengan pertama kali ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana menteri.

“Malaysia sudah jadi kerajaan polis. Mereka boleh buat apa sahaja keputusan. Peguam Negara juga boleh buat apa sahaja keputusan sama ada mematuhi peraturan atau tidak.

Katanya, beliau kali ini disoal siasat kerana dua perkara, satunya berkenaan sidang medianya apabila mengatakan Malaysia adalah Tanah Melayu.

Manakala satu lagi berkenaan masalah orang Melayu yang dihoskan bangkitkannya dalam blog miliknya.

“Tiada sebab kenapa nak tukar corak perlembagaan dia. Itu dilapor dirakam dan saya disoal kenapa saya kata macam itu. Saya tak jawab, saya akan jawab di mahkamah kalau dikenakan tuduhan.

“Keduanya, dalam blog saya saya nyatakan masalah dihadapi. Melayu hadapi banyak masalah. Rupanya tak boleh kata. Kena kata berkenaan Malaysia bukan hak Melayu.

“Jadi kalau kata kepelbagaian kaum itu pun rasis. Itulah yang disoal. Saya tak jawab banyak kalau kena tuduh saya akan jawab di mahkamah,” kata Mahathir lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp