TERKINI

Kerajaan Tanggung RM93 Juta Laksana Tol Rahmah

Gambar hiasan – foto awani

KUCHING, 20 April 2023 – Kerajaan menanggung kira-kira RM93 juta bagi pemberian Tol Rahmah percuma kepada pengguna lebuh raya selama empat hari yang bermula hari ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata pemberian tol percuma pada hari ini hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) membabitkan 33 lebuh raya utama negara adalah satu daripada aspirasi Madani untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Menurut Ahmad, jumlah itu adalah anggaran awal oleh Pejabat Belanjawan Negara untuk dibayar kepada konsesi yang terlibat.

“Anggaplah itu (pemberian Tol Rahmah) sebagai duit raya, ini sebahagian daripada duit rakyat juga yang kita berikan semula kepada rakyat bagi memberikan peluang kepada pengguna lebuh raya balik ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena Aidilfitri,” katanya. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp