PUTRAJAYA, 1 Jun 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia membawa kembali wang berbillion ringgit yang didakwa oleh Anwar Ibrahim, dimilikinya dan didermakan kepada orang miskin.
Dalam satu entri, Mahathir berkata beliau bersedia berbuat demikian sekiranya Anwar tahu dimana duit itu disimpan.
“Kata Anwar orang yang mencuri duit berbillion hendaklah bawa balik duit ini dan bantu orang Melayu yang miskin.
“Saya sanggup bawa balik 100% duit yang dikatakan ada pada saya dan derma semuanya kepada orang miskin. Tetapi Anwar kenalah beritahu kepada saya dimana duit ini berada. Katanya.
Manurutnya, sekiranya dakwaan tersebut tidak dibuktikan, Anwar harus menjawabnya di mahkamah.
“Tetapi jika tidak ada akaun saya di bank atau di mana-mana sanggupkah Anwar menjawab dalam mahkamah akan asas dakwaan bahawa saya memiliki berbillion Ringgit wang Kerajaan yang saya curi.
“Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas.
Genap setahun yang lalu, Mahathir telah memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan bahawa beliau mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa. – malayadaily.com