TERKINI

Program Perubatan UiTM : Ibrahim Ali tolak cadangan buka kepada bukan bumiputera

PUTRAJAYA, 10 Mei 24 – Presiden parti Putra, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali menempelak ahli akademik yang mencadangkan agar pengecualian diberikan kepada bukan Bumiputera untuk menyertai program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks Universiti Teknologi Mara.

Dalam satu kenyataan kepada malayadaily, Ibrahim menyifatkan cadangan tersebut datang dari orang Melayu yang tiada jadi diri.

“Ini Melayu yang tiada jati diri dan tidak yakin dengan kemampuan bangsa sendiri.

“Mereka nak kongsi dana peruntukan yang dikhaskan kepada Bumiputera, seperti kos peralatan perubatan yang canggih, dan segala perbelanjaan lain.

“Yang Malayu punya mereka minta dikongsi, pada hal yang mereka punya mereka simpan untuk diri sendiri. Tegas Ibrahim.

Menurut laporan FMT baru-baru ini, Felo Akademi Sains Malaysia, Tajuddin Abdullah, berkata langkah mengekalkan amalan semasa iaitu mengecualikan bukan bumiputera, boleh mengehadkan persaingan sihat dan menghalang perkembangan profesion perubatan. Ia juga akan mengabaikan potensi bakat dan perspektif yang pelbagai daripada etnik lain.

Tajuddin mengulas laporan sebuah akhbar apabila Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) Zulkifli Mohamed berkata mereka kecewa dengan cadangan supaya UiTM membuka sementara pendaftaran pengajian perubatan pasca siswazah kepada bukan Bumiputera.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) wajar membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapakan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa sekarang.

Presiden MMA Dr Azizan Abdul Aziz berkata UiTM perlu membuat keputusan tersebut demi kepentingan kesihatan penduduk negara ini dan menangani isu kekurangan pakar yang teruk.

Ibrahim yang juga alumni UiTM menyindir segelintir mereka yang berpendidikan tinggi, kini merasa berkuasa dan lebih bijak hingga lupa daratan.

“Inilah masalah bila ada orang Melayu yang dapat kelulusan akademik tinggi, berkedudukan dan berkuasa sudah lupa daratan dan berfikir mereka itu sudah terlalu pandai dan cerdik. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp