
KUALA LUMPUR, 22 Mei 2023 – Sekumpulan sukarelawan yang mengedar borang Proklamasi Orang Melayu kepada orang ramai di kawasan Chow Kit mendakwa rakyat semakin sedar dan menyokong usaha untuk menyatukan orang Melayu menerusi inisiatif yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Salah seorang sukarelawan, Bibi Sunita (gambar) berkata, usaha ini sebagai menyahut seruan negarawan untuk menyatukan orang Melayu menerusi Proklamasi tersebut.
“Kita bersama rakan-rakan, secara sukarela ambil kesempatan turun ke bawah bertemu rakyat dan mengedar borang Proklamasi sambil memberi penerangan akan usaha ini.
“Alhamdulillah, pagi ini lebih dari 100 tandatangan diperolehi dan penerimaan dikalangan rakyat amat baik. Ini menunjukkan rakyat khususnya orang Melayu semakin sedar akan kepentingan untuk kita bersatu membela nasib bangsa. Ujarnya.

Menurut Bibi, cara begini juga membolehkan orang ramai mendengar penerangan tentang Proklamasi supaya mereka faham maksud dan tujuannya.
Beliau menambah, inisiatif ini dibuat kerana terdapat banyak permintaan dikalangan ramai untuk menandatangani Proklamasi.
“Kita turun ni sebab dah ramai bertanya di mana nak sign.
Bibi yang juga Ahli Sekretariat Tanah Air menjelaskan, memang terdapat dikalangan rakyat yang ‘ada masalah’ dengar nama Tun Mahathir, namun mereka tetap menurunkan tandatangan kerana percaya Proklamasi ini bukan isu berkaitan parti politik.
“Memang ada dikalangan rakyat yang kita jumpa, ada masalah bila dengar nama Tun M, tapi kita terkejut bila mereka tetap turunkan tandatangan sebab mereka percaya nasib orang Melayu perlu dibela.
Pada 19 Mac lepas, Mahathir telah melancarkan Proklamasi Orang Melayu yang bertujuan untuk menyatukan kembali kekuatan politik orang Melayu agar agenda mengenai hak-hak orang Melayu dapat terus dibela.
Proklamasi itu merangkumi 12 perkara antaranya menyebut bahawa orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini dan satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik turut terlucut dari tangan mereka. – malayadaily.com