TERKINI

Sekolah Persendirian Cina Tak Layak Diberi Keistimewaan – Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR, 27 April 2023 – Sarjana Bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berpendapat bahawa sekolah persendirian Cina tidak seharusnya diberikan keistimewaan kerana sekolah berkenaan tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996.

Berkata kepada TV Pertiwi, Teo Kok Seong berkata sekolah persendirian Cina itu juga gagal menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta tidak mengunapakai kurikulum kebangsaan dalam sistem pembelajaran seperti yang diperuntukkan bahagian 17 dan 18 dalam Akta Pendidikan 1996.

“Sekolah menengah persendirian Cina yangg menawarkan sijil pendidikan UEC ini, langsung tidak terikat dengan bahagian 17 dan 18 itu. Oleh itu pemberian peruntukan ini didapati tidak selari dengan sistem pendidikan negara kita, dalam konteks Akta Pendidikan 1996 ini.

“Dan bagi saya dengan adanya pemberian tahunan ini ia semacam pemberian istimewa yang berisfat eksklusif oleh kerajaan kepada Dong Zong. Ujarnya.

Beliau juga berpendapat bahawa pemberian peruntukan secara tahuan adalah tidak layak dan cukup sekadar pemberian ihsan yang berupa sekali ‘one off’ iaitu pada 2019 sahaja, semasa PH menjadi kerajaan ketika itu.

Sebaliknya beliau berkata peruntukan sekolah persendirian Cina dibawah kendalian Dong Zong itu boleh dialihkan kepada sekolah kebangsaan jenis kebangsaan dan sekolah swasta yang mematuhi Akta Pendidikan 1996.

“Ada institusi swasta yang lain, mereka mematuhi bahagian 17 iaitu mereka menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dan mematuhi bahagian 18 iaitu mereka menggunapakai kurikulum kebangsaan. Jadi jika ini diberi peruntukan, kita boleh memahami keadaannya. Ia masih berada dalam sistem pendidikan negara iaitu mematuhi bahagian 17 dan 18. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp