TERKINI

SPRM boleh ikut Aman Palestin serah bantuan, kata Peguam

Rafique Rashid Ali – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 3 Dis 2023 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai peluang untuk menyelesaikan siasatan membabitkan Aman Palestin dengan mengikuti NGO itu menyampaikan bantuan ke Palestin, kata Rafique Rashid.

Peguam yang mewakili Aman Palestin itu berkata, peluang tersebut hilang apabila SPRM membekukan akaun Aman Palestin, yang mana turut meliputi dana RM10 juta untuk dihantar ke negara Arab, termasuk Palestin, Syria, dan Lubnan buat mereka menghadapi musim sejuk.

“Kempen musim sejuk ini acara tahunan Aman Palestin kerana mereka sentiasa dekat dengan pelarian dan mereka yang memerlukan bantuan, di Palestin, Syria, Lubnan.

“Bulan Dis hingga bulan Feb setiap tahun musim sejuk di negara ini. Kalau ada dakwaan seleweng dana, kempen musim sejuk sasar nak hantar 10 juta ini peluang Aman Palestin bersama pegawai SPRM ikut aman Palestin,” katanya.

SPRM katanya boleh memastikan sama ada dana tersebut betul- betul diterima pelarian itu atau tidak.

“SPRM boleh semak, betul tak duit tu sampai, sampai kepada siapa dan siapa pihak luar negara Aman Palestin selalu berurusan, SPRM bawaklah kamera, siasat makanan, ubat-ubatan yang di bawa siapa wakil terima. Ini peluang keemasan dilepaskan SPRM,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp