TERKINI

Struktur kerja SG4 masih diperingkat penelitian, Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – foto Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Nov 2023 – Kenyataan penganalisis, Barjoyai Bardai mengenai penubuhan struktur rasmi empat negeri ditadbir PAS ‘SG4’ disifatkan hanya persepsi peribadi dan tidak tepat sama sekali.

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, struktur kerja yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu masih diperingkat penelitian.

“Secara ringkasnya struktur rasmi ‘SG4’ masih diperingkat penelitian terakhir untuk dibentangkan dalam masa terdekat bagi memantapkan mutu pentadbiran di keempat negeri-negeri tersebut.

“Struktur (ini) adalah satu kerangka pentadbiran yang penting dan sebagai praktisnya ia harus diujudkan bagi memantapkan sesuatu pentadbiran agar lebih berdaya saing, sistematik, kreatif, inovatif serta menjaminkan mutu pentadbiran lebih mantap.

Menurut Khairuddin lagi, penubuhan struktur pentadbiran bukan sesuatu perkara yang aneh dan beliau berpendapat bahawa pentadbiran ini sudah pasti akan menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan Putrajaya.

“Mana mungkin ‘SG4’ hendak bermusuh dengan kerajaan pusat dan apa manafaatnya untuk berbuat demikian.

“Daya usaha memajukan ‘SG4’ ini sudah pasti melambangkan semangat satu negara kerana ini adalah selari dengan agenda kerajaan pusat bagi membangunkan semua negeri-negeri di tanahair kita yang dicintai ini.

“Matlamat ‘SG4’ adalah untuk membangunkan ke empat buah negeri di bawah pentadbiran PAS bukan bagi merosakkan atau memundurkan negeri-negeri tersebut. Ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp