PUTRAJAYA, 17 Jan 2024 – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya berjumpa dengan Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang berhubung pendiriannya mengenai pelbagai kaum di negara ini.
Mantan Perdana Menteri itu menyatakan kesediaannya menerusi akaun X sebagai mempertahankan dirinya daripada serangan berterusan musuh politiknya yang tidak senang hati dengan isu multiracial yang dibangkitkan.
“Saya sedia jumpa dengan Menteri Aaron Ago Dagang seperti yang dia cadang.
“Saya harap dia datang, katanya.
Mengenai musuh politiknya yang asyik bercakap tentang multiracial dan kritik beliau berkenaan isu berkaitan kaum, Tun Dr. Mahathir berkata, mereka harus bertanya kenapa wujud parti-parti berasas kaum dalam negara ini.
Pada masa sama, Tun M terus menempelak pemimpin dari parti tertentu yang mendakwa mereka parti multiracial, tetapi pemimpin mereka juga menyatakan parti itu fake multiracial, iaitu palsu. – MalayaDaily