TERKINI

UMNO kini parti ‘sarkas’ – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan (gambar) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Dis 2023 – Mana-mana pemimpin berprinsip yang mahu menegur secara ikhlas salah-laku dikalangan pemimpin-pemimpin utama UMNO akan digantung dan dipecat dari memegang jawatan ataupun hilang keahliannya.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, siapa saja pemimpin atau ahli UMNO yang menentang kuat dari membiarkan parti UMNO jadi ‘barua’ DAP, akan disingkirkan.

“Sesiapa saja pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli UMNO yang menentang kuat parti UMNO jadi ‘barua’ dan ‘kaldai’ DAP akan disingkirkan dari saf kepimpinan.

“Inilah stail ‘Zahid Komidi’ mentadbir UMNO yang telah tersimpang jauh dari matlamat penubuhan UMNO asal untuk menjaga kepentingan Melayu serta Islam di tanahair kita. Ujarnya.

Khairuddin juga berkata, UMNO kini yang menjadi sebuah parti sarkas amat menghiburkan.

“Saya amat seronok menonton perkembangan mutakhir ‘lelucon’ UMNO di bawah kepimpinan Presiden yang paling haprak dalam sejarah UMNO.

“Inilah nasib UMNO apabila ditawan serta ditadbir oleh puak korup yang tidak mahu menghormati kehendak ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Khairuddin berpendapat, keputusan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah tidak dihormati lagi.

“Mereka mentadbir UMNO macam parti ‘bapa’ mereka sendiri.

“Sepatutnya MKT UMNO harus pecat Presidenya yang haprak terlebih dahulu.

Khairuddin turut mengingatkan bahawa Zahid Hamidi telah melanggar keputusan yang dibuat dalam Persidangan Agung UMNO sebelum PRU15 di mana resolusi ‘no Anwar and no DAP’ telah termaktub secara rasmi.

“Tetapi selepas PRU15 Presiden haprak UMNO berbohong secara terang-terangan dan sanggup menipu Tuhan juga dengan bersumpah laknat kononnya tidak pernah berunding untuk bergabung dengan PH.

“Sampai bila saki baki ahli-ahli UMNO hendak jadi bodoh membiarkan Presiden haprak mereka terus memperbodohkan semua ahli-ahlinya.

“Pemimpin-pemimpin UMNO yang berprinsip termasuk ahli-ahli di peringkat akar umbi harus berani bangun untuk menyingkirkan Presiden mereka yang haprak itu. Ujar Khairuddin dalam satu kenyataan.

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memutuskan untuk terus mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp