TERKINI

Kenal Pasti Dan Fahami Bangsa Sendiri

Bahagian 1

Mansor Mohd Noor – malayadaily.com

Wacana Bangsa Tun Mahathir

Wacana Tun Mahathir di Majlis Ilmu ‘Peradaban dan Sosiologi’ berpendapat jika perbezaan kaum mahu dihapuskan, maka kita ‘kena akui ini memang negara Melayu malah nama asalnya pun memang Tanah Melayu’.

Dalam hal ini permerhatian perbandingan menunjukkan ‘senario sedemikian tidak pula berlaku di negara-negara jiran bahkan kaum bukan pribumi sanggup berasimilasi menukar nama sendiri kepada berunsur tempatan. Malah satu kejutan apabila Tun Mahthir ‘menggesa supaya sistem sekolah vernakular di seluruh negara dapat dimansuhkan’.

Wacana Tun Mahathir di atas adalah luahan hati murni seorang Negarawan yang mahu melihat negaranya harmoni, damai, stabil dan maju hingga membina satu peradaban unggul di persada dunia.

Asas Bangsa Sepunya

Kajian perbandingan sedunia menunjukkan bangsa ditakrifkan dengan memperakui hak penduduk anak watan budaya sewilayah dan perantau pemastautin, Orang Asli dan sebagainya untuk pemerintahan sendiri, kedudukan autonomi dan menjadi perwakilan formal di ruang awam.

Definisi ini memperakui ada satu kumpulan kaum awal yang menjadi pasak dan pentakrif bangsa di sesebuah negara dan wilayah itu. Tidak wujud satu negara pun ketiadaan bangsanya walaupun mahu dihapuskan oleh penjajah dan kaum pendatang kemudiannya.

Dalam hal ini bangsa juga merujuk kepada kumpulan kaum dominan, sering kali berdasarkan perantau awal dan anak watan yang menguasai jentera kerajaan, pendidikan, ekonomi dan pensejarahannya telah mentakrif ciri-ciri bangsa itu secara keseluruhan termasuk bahasa, agama, cara hidup dan hegemoni politik atau ketuanannya.

Oleh itu etno-simbol berdasar lapisan sejarah dan warisan budaya menjadi jati diri, maruah dan identiti bangsa itu

Kehidupan Bersama Dalam Harmoni

Kajian-kajian telah menunjukkan masyarakat kepelbagaian di Malaysia sudah terbina hubungan rentas kaum, kesepaduan sosial, dan etos bangsa hingga dalam kehidupan rakyat Malaysia perbezaan kaum dan agama adalah nipis berbanding perkongsian nilai dan kehidupan bersama di antara mereka.

Kita telah bersama berkongsi wira negara dalam pasukan badminton dan bolasepak, kedai mamak dan bazaar Ramadhan, berkerja dan tinggal di perumahan sama, anak belajar besama di sekolah kebangsaan dan sekolah kebaran aliran Cina dan Tamil, dan antaranya, bangga bersama menyambut kemerdekaan ke 66 tahun negara ini.

Langit Cerah Digelapkan

Namun langit cerah ini digelapkan oleh kepimpinan politik dan badan bukan kerajaan demi memperolehi  pengaruh dan kuasa dengan memperjuangkan naratif multikulturalisme dan menolak naratif payung kewatanan dalam masyarakat aneka kepelbagaian.

Naratif multikulturalisme sedemikan seperti Malaysian Malaysia akan menyebabkan masyarakat sudah hidup dan berkerja bersama mencurigai dan hanyut dari ikatan merantas kaum yang terbina itu.

Dari tahun 2000, pergerakan massa dan kebebasan bersuara dan didukungi oleh media sosial terhadap governan lemah dan kegagalan pembangunan prihatin dengan kebajikan rakyat telah melahirkan demokrasi matang di mana pelbagai parti-parti politik dan NGO bergabung dan berkerjasama tanpa menggira kaum dan agama hingga pada Pilihan Raya Umum 2018 kerajaan Barisan Nasional tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Pakatan Harapan.

Pengundi Cina semenjak 2000 telah menolak BN dan mengundi DAP dalam setiap pilihan raya hingga kini. Kejatuhan BN berlaku bukan Sahaja pengundi India tetapi Melayu menyokong parti-parti politik gabungan dalam Pakatan harapan dan didokong pengundi Cina berlaku.

Agenda rakyat yang mahu ‘governan baik dan pembangunan perihatin dengan kebajikan rakyat’ tenggelam oleh arus Malaysian Malaysia yang hendak mensamatarafkan bahasa ibunda lain dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, termasuk pendidkan, agama dan sistem politik sosio-budaya Kesultanan Melayu dicabar.

Malahan kajian Indeks Ikatan Sosial dari tahun 1990-2020 menunjukkan setiap kali ada pilihan raya dan kempen pilihan raya, batas kaum menebal kerana rakyat dibakar dengan sentimen kaum dan agama dan kali ini rakyat ditakutkan dengan 3R.

Perbahasan perpaduan, hidup bersama dan bangsa sepunya jarang dilaungkan oleh kepimpinan politik yang bertanding. Bukan bangsa sepunya, kestabilan dan kemakmuran menjadi matlamat perjuangan mereka tetapi meraih undi dan memang pilihan raya. Kepimpinan politik berbudaya politik sedemikian perlu dicopkan sebagai pengkhianat bangsa. – Bersambung

Prof Dr Mansor Mohd Noor, Institut Kajian Etnik (KITA)-UKM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp