TERKINI

Peruntukan diberi selepas sokong PM, tetap rasuah, Tun Mahathir

Mahathir Mohamad (depan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 28 Nov 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan sokongan wakil rakyat parti Bersatu ke atasnya kerana sogokan.

Dalam satu kenyataan, Mahathir berkata wakil rakyat Bersatu telah mengaku diberi peruntukan yang sama dengan wakil rakyat kerajaan.

“Tetapi wakil rakyat Bersatu yang beralih sokong PM ke-10 mengaku mereka diberi peruntukan untuk kawasan mereka yang biasanya diberi kepada wakil rakyat Kerajaan sahaja.

“Ada pemberian lain juga diakui oleh wakil rakyat Bersatu.

Menurutnya, semua pemberian ini tetap satu rasuah kerana mereka yang tidak menyokong PM tidak mendapat peruntukan.

“Segala pemberian ini tetap rasuah kerana yang tidak sokong PM tidak dapat. Ujar Mahathir.

Baru-baru ini, laporan media menyatakan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik telah mengesahkan sudah menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan Persekutuan selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, juga mengesahkan sudah menerima peruntukan untuk kawasannya daripada Kerajaan Pusat, selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, akhir bulan lalu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp